
anisshahirah1993
5 tahun
Demam panas dan cirit birit
Selepas saya pergi mkn kenduri kemarin.keesokkan harinya pada waktu tengahri saya berada panas badan.hilang selera mkn.rasa pening kepala…di waktu petang pulak.saya berasa nak membuang.saya cirit birit…tetapi tidak terlalu sakit perut…biasa sahaja.adakah saya keracunan makanan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami beserta durasi yang berlaku, anda berkemungkinan mempunyai:
- Keracunan makanan
- Jangkitan dalam usus
- Migrain juga boleh memberi sensasi dan gejala yang serupa
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.