
mieyraay
5 tahun
Demam panas dan menggigil
saya wanita berumur 26 tahun. sejak kebelakangan ini saya selalu diserang demam yang menggigil dan sakit di bahagian dada seperti rasa dicucuk. saya juga kerap rasa ingin pitam dan pernah pitam apabila berdiri terlalu lama. saya juga akan mengalami sakit sendi tubuh dalam masa yang lama dan diikuti dengan demam yang menggigil. adakah saya perlu berjumpa pakar atau ianya hanya demam biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan dari klinik kesihatan/hospital yang bedekatan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengetahui punca yang menyebabkan gejala yang anda hadapi pada masa ini.
Untuk pengetahuan anda, deman panas yang tinggi akan menyebabkan sakit otot dan sendi disebabkan sel darah putih yang banyak. Antara punca yang menyebabkan pitam adalah seperti tekanan emosi, migrain, labyrinthitis. Adalah disarankan supaya anda mendapatkan rawatan dan pemeriksaan untuk isu tersebut.
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah anda, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.