
syakirahshaibi
4 tahun
Demam Panas dan ruam
Demam panas secara tiba tiba dua hari yang lalu. Hari ini ada ruam Di bahagian kaki dan tangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan demam dan ruam antaranya:
- Demam campak
- Jangkitan virus
- Denggi
- Radang selaput otak (jarang berlaku dan biasanya disertai gejala lain)
- Hand mouth & food disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.