
Sulit
3 tahun
Demam panas datang sawan
Isteri saya baru discas dari hsptl selama 2 minggu keluar Hari ini disenabkan sawan panas badan dah balik rumah mlm nya dtg panas kenapa ya Dan apa harus saya lakukan agar tak terjadi lagi sawan ini pun pertama kali memang merisaukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham bahawa isteri anda mengalami sawan dan anda ingin tahu bagaimana untuk mencegahnya daripada berlaku lagi . Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang mengalami sawan:
- Jangkitan dalam otak
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
- Ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance) di dalam badan disebabkan oleh dehidrasi
- Ketumbuhan di dalam otak
Gejala yang disebabkan jangkitan atau keradangan biasanya disertai dengan gejala demam atau badan panas. Anda disarankan untuk mematuhi saranan doktor yang merawat isteri anda serta mengambil ubat yang diberikan.
Sila beri perhatian sekiranya isteri anda menunjukkan beberapa tanda ini:
- Kerap muntah
- Pening atau sakit kepala
- Pitam atau tidak sedarkan diri
- Terdapat perubahan tingkah laku
- Kurang selera makan
- Lemah dan lesu badan
- Sawan melebihi 30 minit dan berulang
- Bibir bertukar menjadi biru
Sekiranya isteri anda menunjukkan tanda-tanda ini, sila bawa isteri anda ke hospital berhampiran untuk mendapatkan bantuan perubatan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk penerangan atau nasihat lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.