
iffakamalludin19
5 tahun
Demam panas mengejutkan
Saya mengalami demam panas, badan berasa lesu, Dan kepala pusing, bila pergi membuat pemeriksaan doctor ckp demam biasa, dan hny memberikan paracetamol, saya risau sejak kebelakangan ini banyk penyakit yg muncul seperti coronavirus, influenza… Doctor ada bgthu, kalau masih demam sila dtg lg utk buat pemeriksaan selanjutnya. Masalah yg dihadapi ialah, ketika berjumpa doctor,suhu badan tiba2 turun, tapi sebaliknya pulak, apakah sbb saya mengalami gejala seperti ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap sesuatu penyakit terutama jangkitan kuman dan virus. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada kes anda, sukar untuk dinilai apakah demam ini tinggi atau tidak kerana deskripsi tentang demam adalah subjektif. Seharusnya anda memeriksakan suhu tubuh anda dengan termometer. Tambahan pula, anda seharusnya menjelaskan gejala lain seperti batuk dan kahak. Sebaiknya anda merujuk ke doktor dan dilakukan pemeriksaan yang sesuai agar dapat ditangani dengan lanjut kerana dikhuatiri terkena penyakit jangkitan paru seperti tibi.
Bagaimanapun, bagi mengubati masalah anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.