Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Dan sakit sendi badan apakah punca sakit Demam setiap malam
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Selain itu, bagi memastikan anda mengalami demam, pemeriksaan dengan menggunakan thermometer adalah disarankan. Hal ini kerana demam adalah masalah yang subjektif dan berbeza mengikut individu. Oleh itu, sukatan yang lebih objektif adalah diperlukan. Suhu badan melebihi 37.5 adalah dikira demam.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.