
rienzz.zack
5 tahun
Demam panjang / menggigil
Saya berumur 39 tahun. Mengalami demam berpanjangan lebih dari 5 hari. Badan menggigil dan jari2 kebas. Bengkak di tonsil. Cirit birit. Hilang selera makan. Demam on off.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap sesuatu penyakit terutama jangkitan kuman dan virus. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada kes anda, sukar untuk dinilai apakah demam ini tinggi atau tidak kerana deskripsi tentang demam adalah subjektif. Seharusnya anda memeriksakan suhu tubuh anda dengan termometer. Melihat kepada gejala lain seperti tonsil, cirit birit dan hilang selera makan, sebaiknya anda merujuk ke doktor dan dilakukan pemeriksaan yang sesuai agar dapat ditangani dengan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.