Colin

5 tahun

Demam, ruam dan sakit sendi

Saya telah mengalami demam tinggi selama 4 hari setelah itu telah timbul ruam merah di keseluruhan kulit badan muka kaki tangan. Ini di ikuti dgn sakit sendi yg agak teruk sehingga kan untuk menggengam dah membengkokkan kaki pon sukar. Badan menjadi lesu dan sakit2 di dada dan belakang dan adakalanya hidung dan tekak terasa perit dan mengeluarkan darah. persoalannya adakah ruam ruam merah yg timbul itu adalah campak? Ini kerana result ujian darah tidak meunjukkan ada denggi. Doctor cuba meyatakan ianya adalah viral fever…

Dr Ilias,

5 tahun

Terima kasih kerana menghubungi kami.

Demam yang disampingi ruam secara umumnya boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:

  • Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
  • Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
  • Penyakit sopak garam iaitu urticaria
  • Penyakit vasculitis
  • Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
  • Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma

Bagi menjawab persoalan anda, penyakit campak memang merupakan salah satu kemungkinan. Penyakit campak disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Measles virus. Simptom biasanya bermula 7-14 hari selepas pendedahan terhadap virus. Demamnya biasanya tinggi dan mengambil masa 4-7 hari. Simptom ini biasanya didahului kemerahan mata, selesema, batuk, rasa lesu dan kehilangan selera makan. Ruam yang berlaku biasanya bermula dari kepala dan menyebar ke seluruh badan dalam 48 jam. Ruam tersebut secara umumnya hilang dalam 5-7 hari.

Kesemua penyakit yang ternyata di atas memerlukan rawatan yang berbeza-beza. Oleh itu, pemeriksaan dan ujian doktor amatlah penting supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan. Sekian, harap membantu.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. Ia pasti menyukarkan kehidupan seharian anda apabila sentiasa rasa lesu dan demam dan lebih merisaukan apabila ia berpanjangan. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah jangkitan tekak, demam campak, demam denggi mahupun tindak balas vaksin atau ubat-ubatan. Demam panas menunjukkan fungsi sistem imunisasi yang baik. Suhu badan yang meningkat membantu badan membunuh kuman-kuman tersebut. Namun, ia menyebabkan ketidakselesaan badan.

Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti anda telah mempunyai demam campak yang disebabkan oleh virus measles. Ia biasa berlaku pada mereka yang telah terdedah kepada orang yang telah dijangkiti dan khusunya bagi mereka yang tidak pernah terkena demam campak. Ia boleh merebak kepada orang lain melalui titisan cecair daripada mulut atau hidung ketika batuk atau bersin.

Dalam demam campak, symptom seperti batuk, selsema dan sakit tekak serta sakit otot adalah biasa diikuti dengan ruam selepas beberapa hari yang bermula di bahagian muka dan merebak ke badan. Ruam akan berkekalan untuk beberapa hari atau minggu. Dalam tempoh masa ini, ia menjadi mudah untuk menjangkiti orang lain.

Tiada rawatan khusus untuk demam campak. Namun, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan symptom-simptomnya. Antaranya ialah mengambil Panadol untuk mengurangkan demam, minum air yang mencukupi dan menghindari cahaya terang jika ia menyakitkan mata. Untuk ruam, losyen calamine boleh melegakan ketidakselesaan ruam dan ubat anti-histamin untuk mengurangkan kegatalan. Saya sarankan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Demam merupakan respons tubuh terhadap jangkitan dalam badan anda. Jangkitan ini boleh merangkumi bakteria, virus, kulat ataupun parasit. Bagi kebanyakkan orang, tubuh mereka mempunyai suhu badan anta 36.5 hingga 37.5 degree celcius.

Bagi demam viral, tubuh anda akan mempunyai tahap suhu badan yang berbeza, daripada suhu badan 37.5 degree celcius hingga ke demam tinggi yang mencecah 39 degree celcius. Demam viral ini secara amnya mempunyai simptom-simptom yang menyeluruh, contohnya sakit sendi, rasa sejuk, mengigil, sakit kepala, kekurangan air, berasa lesu dan kekurangan selera makan.

Oleh itu, rawatan anda tidak memerlukan antibiotik dan hanya ubat bagi mengurangkan simptom-simptom demam dan kesakitan. Kebanyakkan ruam yang disebabkan oleh demam viral ini tidak akan menyebar kepada orang lain. Tetapi terdapat beberapa jenis jangkitan virus yang boleh menyebar iaitu measles, chickenpox dan rubella.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)