
Sulit
5 tahun
Demam + sakit kepala
Hello doktor.saya wanita berusia 20an telah berkahwin 2 tahun… dan sekarang ni saya dah 2 hari demam naik turun panas dan sakit kepala…dah makan panadol so demam die reda n pastu naik balik panasnye…dah cek UPT 4 hari sebelum saya period bulan ni(excited kot2 pregnant ) tapi negative.adakah sebab masih terlalu awal?n then saya ada sakit endometriosis dan pernah pregnant tapi missed miscarriage kandungan 5 bulan.sekarang tgh ttc.mohon doktor bagi suggestion yang terbaik ye.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Punca Punca Demam
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Memandangkan anda ingin mencapai kehamilan, anda dinasihatkan:
- makan makanan yang sihat dan bernutrisi
- ambil asid folik sepanjang 3 bulan ingin mencuba dan selepas 3 bulan hamil
- melakukan hubungan seksual pada waktu subur selang 2 hari dan bukan hari-hari bagi meningkatkan bilangan sperma dan secara tidak lansung kebarangkalian untuk hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.