
Sulit
3 tahun
Demam sakit perut beterusan sakit kepala muntah dan mual
saya syahila umur 24 tahun saya mengalami muntah demam sakit perut ini begitu lama dan sekarang saya perhati kan tepi mata saya seakan kekuningan saya telah cuba banyak ubat di klinik tapi tidak ada yang betul2 boleh membantu . saya ingin tahu betul ke ini gejala penyakit hepatatis

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Akibat jangkitan seperti demam tifoid
- Akibat appendisitis kronik
- Radang divertikula (divertikulitis)
- Penyakit radang usus
- Kanser usus - faktor risiko seperti umur, sejarah kekeluargaan, cirit-birit berdarah
- Masalah hormon seperti hipertiroid
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!