
Sulit
4 tahun
Demam, Sakit Sendi Dan Sakit Perut selepas pulih covid
Salam dan Hi doktor,
Saya bekas pesakit covid yg sudah discharge pd 27/01/21. Sepanjang kuarantin saya mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit birit, sakit sendi. Tetapi gejala tersebut pulih semasa saya sudah discharge. Sejak kebelakang ni saya mengalami gejala demam, sakit sendi dan sakit perut. Saya sudah dapatkan rawatan di hospital tapi hasil pernilaian kesihatan saya normal. Kalau ikut sejarah saya tiada sebarang penyakit kronik. Pelbagai ubat-ubatan yang hospital berikan tetapi masih berasa sakit sehingga sukar tidur. Disini saya mahu bertanya adakah gejala yang saya alami ni adalah kesan sampingan selepas pulih? dan apakah yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini kerna saya takut masalah ini menganggu kehidupan dan kerjaya saya.
Minta bantuan dari doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kami kurang pasti mengapa anda mengalami masalah sedemikian kerana lebih banyak maklumat adalah diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan kepada doktor mengenai masalah yang dialami.
Sukar ingin kami katakan sama ada gejala yang anda alami berpunca daripada penyakit apa kerana banyak penyakit yang boleh menyebabkan gejala seperti yang disebutkan oleh anda di dalam ruangan soalan.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk memantau gejala anda dan sila berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya keadaan melarat. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Berikut merupakan antara sebab yang mungkin menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Demam viral (viral fever)
- Demam denggi
- Malaria
- Keracunan makanan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.