
Sulit
5 tahun
Demam, sakit tekak, batuk
Saya Di 29-03-2029 rasa sakit tekak, sudah tengok doctor , sekarang tak sakit Tekak , 31-03-2020 i jumpah doctor ambil batukubatk , hari inisudah rasa fever

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda berikan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dialami dan khuatir jika ianya disebabkan oleh jangkitan coronavirus atau COVID-19.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan gejala yang biasa berlaku bagi pesakit yang dijangkiti virus COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu, gejala yang disenaraikan seperti batuk, sakit tekak dan demam seperti yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Radang tekak
- Masalah sinus
- Allergic Rhinitis
Oleh kerana anda mempunyai gejala demam, batuk dan sakit tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini