
Sulit
5 tahun
Demam, sakit tekak dan sakit badan
Hai, saya mengalami demam dan sakit2 badan dan sendi. Selain Covid, apa penyakit yang berkaitan dengan simptom saya ini ye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Selain COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Radang tonsil
- Demam viral
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Demam denggi
- Malaria
- Penyakit kencing tikus
Pelbagai soalan berkaitan dengan sejarah kesihatan anda perlu diterokai sebelum sebarang kesimpulan tentang keadaan anda boleh diberi. Oleh itu, sekiranya sakit anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik swasta.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini