
Sulit
4 tahun
Demam saya hilang datang. Adakah perlu buat swab test?
Saya mengalami demam beberapa hari lepas. Tapi kemudian kembali sihat. Dan hari ni badan jd mcm nak demam blk. Tiada batuk & my sore throat pun dah ok. Adakah perlu utk buat swab test jgk?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Gejala demam tersebut boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Selain daripada itu, anda juga boleh hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Tetap lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.