
nmsparker14
4 tahun
Demam sejuk kaki and tangan
Kanak kanak 1 tahun 10 bulan demam Nk msuk 2 hari suhu 38 average. Bagi ubt syrup kebah sekejap after 4 hours kembali dmm. Kaki dan tangan sejuk mengadu sakit tapak kaki bila urut baru diam. Tapak kaki pucat x merah seperti biasa. Denyutan jantung agak laju dri biasa. Patut consult doctor atau continue pantau dari rumah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman anda, simptom yang bayi anda alami merupakan perubahan yang biasa berlaku apabila demam. Anda disarankan untuk segera berjumpa doktor jika demam tidak pulih dan meningkat secara konsisten kerana demam dalam peringkat umur ini boleh menyebabkan sawan akibat suhu badan yang tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
.