Sulit
3 tahun
Demam selepas bersalin
Saya wanita umur 20 tahun mengalami demam sejak isnin minggu lepas.
3 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam selepas bersalin boleh disebabkan pelbagai faktor secara am seperti:
- Demam denggi
- Kencing tikus
- Jangkitan kuman pada organ
Namun bagi individu yang baru sahaja melahirkan anda, diagnosis yang paling dititikberatkan adalah seperti:
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Jangkitan pada luka bersalin
- Jangkitan pada rahim
- Endometritis
Daripada keterangan anda, kemungkinan besar luka anda semakin sembuh, namun adalah baik jika anda mendapatkan pandangan doktor melalui pemeriksaan ke atas luka apabila sesi temu janji kelak. Rujuk kepada doktor dengan segera jika anda mendapat gejala seperti bengkak, merah, bernanah atau berdarah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.