Sulit
3 tahun
Demam selepas kuarantin 14 hari
Hi doc, jika seseorang yg positif covid 19, dan dia telah kuarantin selama 14 hari tapi hari ke 14 simptom demam ada, apakah punca?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu demam. Untuk makluman anda, demam merupakan simptom daripada beribu penyakit. Maklumat yang anda berikan belum cukup untuk kami mengenalpasti punca sebenar demam yang anda alami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Demam dapat disebabkan oleh banyak perkara seperti jangkitan bakteria atau virus. Demam berulang dapat terjadi kepada individu yang mempunyai sistem pertahanan tubuh (sistem imun) yang lemah. Berikut adalah tips bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan anda:
- Makan makanan yang cukup dan sihat (kerap makan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren)
- Jaga kebersihan diri
- Tidur yang cukup
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Pada musim pandemik ini, anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam serta kerap membasuh tangan selepas menyentuh permukaan yang asing.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat simptom di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Buat masa ini anda perlu memantau diri jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan di atas. Jika anda rasa kurang sihat anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kuarantin hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala dan lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari tempat berisiko tinggi.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih