atikashahadan
3 tahun
Demam selepas pulang dari bali
Hi Dokor. Saya baru pulang dari Bali pada 4/3/2020. Badan rasa panas macam simptom demam dan sakit dada. Perlukah saya menjalani ujian untuk COVID-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya sedia maklum bahawa anda baru sahaja pulang dari bali dan mengalami simptom demam dan sakit dada. Anda ingin mengetahui perlukan anda mengalami unjian COVID-19.
Sebelum itu, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
Jagkitan kuman atau virus lain seperi influenza
Demam denggi
Allergic Rhinitis
Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga anda cepat sembuh. Terima kasih.