
Sulit
3 tahun
Demam selsema ibu hamil
Saya wan, usia kandungan saya baru 11 minggu. Saya sudah 3 hari selsema dan demam. Hari ni baru mula batuk,say dpt ubt antibiotik, ubt batk, selsma dan demam. Boleh saya makan antibitik

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk ke klinik untuk melakukan pemeriksaan dan mengenal pasti punca masalah kesihatan anda dahulu kerana rawatan untuk ibu yang mengandung adalah berbeza dan lebih spesifik. Sukar untuk pihak saya memberikan kesimpulan dalam hal ini kerana terdapat pelbagai jenis antibiotik yang wujud. Malah masalah anda boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria ataupun virus. Jangkitan bakteria boleh dirawat dengan antibiotik tetapi jika dijangkiti virus, anda memerlukan antiviral. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!