
Sulit
5 tahun
Demam seminggu & batuk kering
Salam & salam sejahtera,
Ayah saya berumur 61 tahun & ada sejarah kencing manis. Ayah saya demam (38 deg ke atas,turun naik temp) & batuk kering sejak rabu lepas…maksudnya sudah seminggu. Adakah makan ubat panadol & ubat batuk memadai atau perlu ke hospital untuk test darah (takut denggi etc.) atau test covid? mekasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam dan batuk kering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan COVID-19- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain di saluran pernafasan
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Jangkitan kuman di saluran kencing
- Benjolah nanah
- Demam denggi
- Leptospirosis
- Malaria
Untuk mengetahui punca masalah yang ayah anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ayah anda seorang pesakit kencing manis. Ini bermaksud imuniti beliau mungkin rendah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.