
suesuiana
6 tahun
Demam setiap minggu
Anak sy kerap demam setiap minggu,batuk kahak bedarah, ada resdung&enzima

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda,antara punca yang berkemungkinan menyebabkan gejala tersebut adalah:
- Tuberkulosis
- Sakit batuk yang berpanjangan menyebabkan kecederaan
- Penyakit resdung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti sama ada anak anda mempunyai berpeluh malam, demam berpanjangan, sakit dada, tempoh sakit batuk dan sebagainya. Adalah disarankan supaya anak anda membuat pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya supaya boleh dapatkan pengesahan yang lebih tepat.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih