
mfizi30
5 tahun
Demam suhu badan naik
Saya lelaki 20 an saya sudah me beli ubat demam di farmasi dan sudah makan panadol di awal demam 3 hari lepas,suhu badan sy normal be berapa jam sahja selepas ambik ubat… Dan kembali naik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, panadol tidak memberi kelegaan berpanjangan dan kadang kala perlu diambil setiap 8 jam dalam beberapa hari. Namun begitu, panadol bukanlah ubat khusus untuk demam, sekiranya demam anda berlarutan, anda perlu berjumpa doktor untuk merawat punca demam anda yang mungkin memerlukan ubatan lain seperti antibiotik, ubat batuk selsema atau ubatan lain.
Sila rujuk kepada doktor dengan segera jika demam anda masih berlarutan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.