rozianajamien6
3 tahun
Demam tak menentu..hilang selera makan
saya wanita berumur 24 tahun sejak kebelakangan nie badan rasa tidak bermaya kerap cirit birit diikuti pening kepala serta kurang selera makan serta merasa seram sejuk dan sendi rasa sakit2…Agaknya kenapa ye doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan penyakit yang anda hadapi. Dua punca yang paling utama adalah :
- keracunan makanan (food poisoning)
- radang perut dan usus (gastroenteritis)
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca kepada gejala anda. Setelah doktor memastikan bahawa anda menghidap radang usus dan perut dan bukannya penyakit lain, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.