
Sulit
5 tahun
Demam tapi alergik dengan semua painkiller
Hi doktor,
Adik saya alergik dengan semua painkiller. Bila dia demam, dia tak boleh ambil sebarang ubat untuk redakan demam. Cuma bila kami ke klinik, doktor akan beri antibiotik.
Jadi untuk future precaution, ada tak cara untuk elakkan dia dijangkiti demam atau any kind of virus (influenza, h1n1, etc) Maybe a vaccine? or there is nothing we can do about it?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, painkiller dan ubat demam (antipiretik) adalah merupakan dua entiti yang berbeza. Painkiller berfungsi menghilangkan sakit sedangkan antipiretik berfungsi menurunkan suhu tubuh yang panas. Kebanyakan ubat yang boleh dibeli mempunyai gabungan kedua komponen ubat tersebut. Antibiotik pula adalah merupakan ubat yang membunuh bakteria / kuman sementara antivirus membunuh virus.
Apabila seseorang dijangkiti kuman ataupun virus, ia akan menyebabkan suhu tubuh meningkat naik sehingga terjadi panas. Justeru, disini adalah kurang jelas apakah anda perlukan painkiller ataupun antipiretik untuk kondisi adik anda. Biasanya apabila demam kita berikan antipiretik untuk menurunkan suhu tubuh serta antibiotic ataupun antivirus untuk membunuh organisma penyebab demam.
Memandangkan jangkitan virus dan kuman biasanya datang apabila seseorang mempunyai sistem imun yang rendah, adik anda dinasihatkan agar menjaga imuniti tubuh dengan mengkonsumsi diet yang seimbang disertai pengambilan vitamin yang cukup terutamanya vitamin C.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.