
rozianajamien6
4 tahun
Demam tidak menentu suhu nya
saya berumur 24 tahun sejak kebelakangan nie saya mengalami sakit kepala badan tidak bermaya serta kurang selera makan…semalam badan saya seram sejuk dan sakit sendi di tulang secara tiba2…tekak rasa nak muntah tapi tak muntah.Perlu ke saya ke klinik ?

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum. Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang demam adalah :
- Virus
- Jangkitan bakteria
- Strok haba
- Selaran matahari yang melampau
- Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
- Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
- Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.
Simtom anda yang lain itu boleh terjadi apabila anda demam. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.