
Sulit
5 tahun
Demam tinggi kerap kali
Anak saya berusia 2tahun, dia selalu demam, dan tiap kalo dia demam, suhu akan smpi 39 keatas… Dan sangat susah nak turun, lepas makan ubat, suhu turun 38.8 sahaja… Lepas tu beberapa minit akan naik balik 39 keatas… Letak towel basah diketiak, dahi dan dada, tetap tidak turun panas… Adakah ini berkaitan darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan Bakteria
- Virus influenza
- Demam denggi
Memandangkan demam anak anda boleh mencecah 39 degree. Saya menyarankan agar anda segera membawa anak anda ke hospital lebih-lebih lagi jika anak anda tiada selera makan, tidak aktif seperti biasa, muntah atau cirit birit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit yng serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.