
Sulit
4 tahun
Demam waktu malam,jantung berdebar-debar
Salam sy nk tnya bila malam je badan saya rasa panas n jantung saya kerap berdebar2 laju xkira masa bukan sebab sya penat or terkejut kadang rasa macam susah nk bernafas sekarang pinggang saya saket tapi ada masa2 dia xkerap.Lg stu sy sebulan dh lewat period sblom nie normal dan dalam tempoh saya xperiod tu ade keluar mcm darah sikit bila saya buang air kecil or bersama.Saya umur 22 tahun dan sudah berkahwin mohon bagi penjelasan terima kaseh🙂

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk pengetahuan anda, rasa berdebar-debar ketika demam boleh jadi biasa dan juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Dehidrasi
- Jangkitan kuman dalam badan
- Tekanan darah rendah
- Tanda penyakit jantung
Sekiranya perkara ini kerap berlaku, sila berjumpa doktor di klinik bagi pemeriksaan lanjut.
Tentang haid lewat, ia boleh disebabkan oleh:
- Mengandung
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh:
- Kanser servik
- Penyakit kelamin
- Pendarahan ovulasi
- Keradangan pelvik
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar Gynaecologist kami boleh membantu !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.