
reusdin
4 tahun
Demam waktu malam naik tetapi siang turun
Selamat Malam… Isteri saya demam dan merasa badan di di cucuk jarum serta pingang lengu dan sendi lengu seperti di cucuk jarum… pada siang hari isteri saya merasa ok sedikit tetapi pada waktu malam demam akan meningkat walaupun suda makan ubat… apa jenis demam ini dan adakah bahaya dan jenis ubat yg sesuai di ambil

4 tahun
Hi, terima kasih atas soalan tersebut.
Secara umumnya, demam malam anda mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit di bawah:
Jangkitan virus atau bakteria seperti penyakit tibi atau sinusitis. Jika anda dijangkiti tibi, anda berkemungkinan besar mengalami demam yang lebih teruk waktu malam, demam menggigil dan berpeluh-peluh, batuk berkahak serta keturunan berat badan. Tibi memerlukan rawatan dengan beberapa jenis ubat selama 6 hingga 12 bulan. Sinusitis adalah satu kemungkinan bagi simptom yang anda alami kerana penyakit ini boleh menyebabkan sakit sebelah kepala yang mungkin membawa sensasi pening. Rawatan yang dapat membantu ialah ubat antibiotik.
Penyakit kelamin seperti HIV juga boleh menyebabkan demam berlarutan. Seseorang yang mengamalkan seks bebas dan hubungan kelamin tanpa perlindungan berisiko tinggi dijangkiti HIV. Rawatan yang berkesan ada tetapi berpanjangan.
Penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD). Bagi penyakit-penyakit ini, anda berkemungkinan besar akan mengalami simptom-simptom lain seperti cirit, sakit sendi dan kemunculan ruam. Rawatan yang diberi biasanya adalah untuk mengawal sistem imun pesakit-pesakit yang terjejas.
Sebab demam yang lain seperti reaksi terhadap sesetengah ubat.
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Sekian, harap membantu.