Sulit
3 tahun
Demam yang berpanjangan melebihi 3 hari
Saya berusia 51 tahun. Saya mengalami demam yabg on n off sudah 4 hari. Hari ke4 sy mengalami pendarahan faraj mungkin period tapi biasanya period hari pertama x banyak spt hari ke4 demam. Sel darah merah juga turun dgn bacaan 8. Apa masalah saya. Mohon dapat penerangan doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam adalah gejala yang umum. Bagi memerincikan punca demam anda, maklumat tambahan diperlukan seperti simptom-simptom lain. Namun begitu, mengikut keterangan anda, punca demam anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.