Sulit
3 tahun
Deman panas ,diarrhea
Saya wanita umur 33.rabu saya ada bawa anak i jumpa doc sebab coxsackie ~ malam tu i pun deman panas 38 . Lepas panadol berpeluh n sihat sikat ~ ada breast feeding ,rasa sakit n ketul ketul ~ jumaat sudah rasa ok,tapi diarrhea pula ~ yg ni symtom covid keh ? I dah seorang dekat 1 bilik dan pakai mask
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami terutama pada musim pandemik ini. Namun begitu, kami kurang jelas mengenai ketulan yang anda maksudkan di dalam ruangan soalan. Sekiranya anda bercakap mengenai ketulan yang sakit di payudara, ia mungkin disebabkan oleh:
- Radang payudara (mastitis)
- Saluran susu tersumbat
- Sista payudara (breast cyst)
- Kanser payudara
Cirit-birit pula boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastroenteritis
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel diseases (ulerative colitis atau penyakit Crohn)
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai gejala yang anda sebutkan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan dirawat bersesuaian dengan diagnosis.
Berikut merupakan sedikit informasi berkenaan COVID-19:
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan untuk memantau gejala anda pada masa ini dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda melarat.
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini