
Anonymous
4 tahun
Dengan makan pil hormon boleh kurangkan bulu pada muka dan badan?
Saya lelaki berusia 23 saya mempunyai masalah bulu badan dan kaki yg serius,mungkin faktor keturunan,saya nk makan pil hormon untuk kurangkan bulu?boleh??

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Mengenai pertanyaan anda, ketumbuan rambut/bulu badan adalah bergantung kepada gene keturunan. Pengambilan pil hormon untuk kurangkan ketumbuhan rambut untuk lelaki adalah tidak digalakkan. Ini adalah kerana pil hormon tersebut mengandungi bahan aktif yang mampu mengurangkan hormon androgen (hormon lelaki) yang diperlukan untuk penghasilan sperma, menguatkan otot dan lain lain. Walaubagaimanapun, pengambilan beberapa jenis ubat boleh dicuba berdasarkan keputusan selesan rundingan doktor.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih