
Sulit
5 tahun
Denggi berdarah tahap 2
Salam dan selamat sejahtera Doktor saya ada anak yang berusia 6 tahun beberapa hari lepas ank saya mengalami demam yang berpanjangan namun setelah membuat rawatan disalah sebuah hospital dia disahkan demam denggi dan pada ketika itu bacaan platelet dia sebanyak 58. Dia juga telah admit ward pada hari yg sama namun keesokan hari demam dia makin teruk serta mengalami muntah2 yg teruk ketika itu bacaan platelet dia dari 58 ke 18 apa yg saya difahamkan dia mengalami bengkak hati paru2 dan saluran darah leaking di bahagian perut kesan dari denggi tahap 2 dipendekkan cerita dia telah pn menerima rawatan selama 14 hari di hospital dimana ujian kuman dalam darah tiada,keadaan hati mula mengecut dari 4000++ ke 400 namun apa yg merisaukan sy perut dia buncit seperti wanita hamil dengan ukuran 66cm bagi kanak2 lelaki yang berusia 6 tahun…soalan sy adakah ini perkara biasa bagi pesakit denggi berdarah tahap 2 dan adakah perut anak saya akan kembali normal seperti biasa tanpa perlu menjalani apa apa pembedahan?harap dapat maklum balas dari doktor terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala perut mengembung yang dialami anak anda boleh disebabkan gejala yang dipanggil sebagai “ascites” (asitis). Perkara ini berlaku apabila berlakunya kegagalan sementara atau kegagalan penuh organ hati yang menyebabkan air terkumpul dalam perut akibat tekanan tinggi dalam saluran darah hati. Perkara ini boleh dirawat tanpa pembedahan sekiranya dikesan awal ataupun menggunakan teknik suntikan jarum untuk menyedut cecair yang terkumpul. Pembedahan adalah langkah akhir sekiranya tidak berjaya. Sekiranya anak anda sudah pulih dari demam denggi dan organ hati dan limpanya dalam keadaan baik, gejala perut mengembung ini juga berpeluang untuk pulih seperti keadaan biasa. Anda dinasihatkan untuk mengikuti nasihat oleh doktor hospital bagi rawatan-rawatan bersesuaian. Sekian.