Sulit
4 tahun
Denyutan nadi bawah 70 dengan masalah pitam Dan mempunyai simptom mirip seizure
Saya mempunyai masalah pitam Yang tidak dapat dikenal pasti punca. Cuma sekarang mempunyai masalah young hypertension. Bacaan pulse bawah 70 walau bacaan diambil selepas berjalan hampir 100-300.
Adalah bacaan itu normal hola bacaan Antara 60-65 selepas berjalan.
Adakah keadaan ini boleh sebabkan pitam.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan diskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala-gejala yang anda alami sekarang boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- kekurangan rehat atau gangguan tidur
- tabiat pemakanan yang tidak seimbang
- kekurangan air (dehidrasi) atau gula (hypoglycemic) dalam tubuh
Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- komplikasi dari gangguan atau sakit kepala
- gangguan hormon tiroid
- dll.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Sila segera berjumpa doktor sekiranya gejala pitam berlaku lagi dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!





























