
Anonymous
6 tahun
Depo provera untuk pertama kali
Sy nk cuba depo provera. Sy merupakan atlit dan mempunyai masalh lutut . So, adakah sy sesuai untuk ambil depo provera?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,golongan/penyakit yang tidak boleh dapat/ambil suntikan depo ialah:
- histori keluarga mempunyai barah payu dara/barah payu dara yang aktif & menerima rawatan
- kencing manis/kolesterol yang sangat tinggi/ darah tinggi
- masalah/penyakit berkaitan dengan saluran darah
- masalah /penyakit di hati
- osteoporosis
- alahan pada progestins
Bagi wanita yang mempunyai masalah lutut,tiada halangan untuk mengambil suntikan depo. Akan tetapi ia adalah bagus untuk meminta pandangan /dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu supaya tiada kesan berlaku akibat pengambilan suntikan depo.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.