
Sulit
2 tahun
Depression and anxiety
Saya wanita dalam 20’, sebelum ini saya pernah ditahan wad atas punca demam,muntah dan cirit birit…bila saya ditahan wad, doktor beritahu tekanan jantung Saya tinggi, nadi saya lemah dan kurang air dalam badan…lepas saya ditahan wad, saya perasan saya lost weight, kerap sakit dada, tangan saya kadang kadang mengiggil, ditempat sejuk kadang tangan saya berpeluh…Saya tak tau adakah itu sakit depression atau anxiety atau saya hanya stress dan saya masih belajar. Apa yg patut saya buat dan boleh tak doktor berikan simptom depression and anxiety lebih mendalam

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Masalah kalenjar tiroid seperti - hipotiroid
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah keresahan
- Masalah hormon steroid - kurang steroid dalam badan (Penyakit Addison)
Penyakit depression atau kemurungan mempunyai gejala seperti kurang mood, tiada tenaga, sukar tidur, kurang tumpuan serta bangun awal pagi. Manakala penyakit keresahan mempunyai simptom fizikal seperti degupan jantung laju, nafas laju, sukar tidur, tiada tenaga serta banyak lagi. Bagi mengenalpasti punca masalah yang anda alami, anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi pengesahan ataupun mendapatkan surat rujukan doktor psikiatri. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.