
Sulit
4 tahun
Deria bau dan rasa busuk
sebelum makan panadol tgh hari tadi saya ada rasa hilang deria bau n rasa …
Selepas makan penadol , bau dan rasa busuk yang teramat…
Saya merasakan demam dlm 2hari… dalam dua hari badan saya lemah…
Suhu badan tak capai tahap demam …
Selsema bersin batuk kecil…
Sampai sekarang deria bau dan rasa sepeerti terasa n bau busuk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hilang deria bau. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca kehilangan deria bau, antaranya:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor umum atau doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Di samping itu, memandangkan kini kita dilanda oleh virus COVID-19, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala terutamanya jika mempunyai kontak rapat. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- hilang deria bau
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini