
Sulit
5 tahun
Diabetes - Bapa Penghidap Diabetes, Kaki Berasa Sakit dan Kemudiannya Jari Kaki Bertukar Warna Menjadi Hitam
Bapa saya menghidapi diabetes sejak beberapa tahun yang lalu. Minggu lepas, beliau mengalami kesakitan kaki kanan. Beliau telah dibawa ke hospital dan telah membuat Xray, doktor menyatakan tiada sebarang pembedahan atau amputasi yang perlu dilakukan. Namun, jari kelingkingnya telah bertukar warna menjadi hitam dan kelihatan semakin mengecil. Kemudian telah ke hospital untuk kali kedua dan doktor mengatakan tiada sebarang rawatan susulan diperlukan. Jadi, saya ingin bertanya, adakah itu normal bagi penghidap kencing manis? dan apakah tindakan yang perlu dilakukan? Ada apa-apa ubat yang perlu untuk menghilangkan sakit kakinya kerana antibiotik yang diberikan oleh pihak hospital telah habis.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kencing manis yang kronik
- masalah salur arteri yang tersumbat
- trauma
- masalah salur vena
Apabila jari mengecut dan berwarna hitam kebiasaannya tiada rawatan susulan. Jari tersebut perlu dibiarkan sendiri kerana oksigen sudah lagi tidak sampai ke jari tersebut. Ia dipanggil dry gangrene. Komplikasi daripada kencing manis yang menjejaskan saluran darah. Bergantung kepada masa, ia akan tercabut sendiri. Anda harus memastikan ia tidak menjadi bernanah, basah, sakit, demam dan sebagainya. Jika ia berlaku, rawatan segera diperlukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.