
faizatuldiana5
5 tahun
Diabetes (kencing manis dan kolestrol yng tinnggi)
ayah saya pesakit diabetes jadi kakinya selalu kebas dan tidak boleh disentuh kakinya jika disentuh dia akan merasa sakit lately ni tapak kakinya mempunyai bintik bintik coklat keperangan,kulit kakinya juga kering dan any suggestion for cream kakii.mohon keterangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bintik-bintik coklat keperangan di kaki anda mungkin disebabkan oleh _diabetic dermopathy. Keadaan in tidak merbahaya tetapi menunjukkan bahawa kadar gula dalam darah ayah anda masih tinggi dan tidak terkawal. Kulit seorang pesakit diabetes juga mudah kering dan bersisik. Anda digalakkan untuk menggunakan losyen kulit yang tiada pewangi supaya kulit ayah anda tidak kering dan rekah.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.