
Sulit
3 tahun
Diabetes (Kencing Manis)
Ayah saya mengidap diabetes lebih dari 10 tahun (tahun sebenar tak berapa ingat). Kini ambik ubat di pharmasi berdekatan. Saya ingin beralih mengambil ubat dgn e-pharmacy untuk mendapatkan harga yg lebih berpatutan. Ubat yg diperlukan prescription adalah seperti di bawah.
- Januvia 100MG 28’s
- Diamicron MR 60MG 15’s
- Glucopage 500mg 20’s
- Lipitor Lipitor 10MG 10’s
- Crestor 10MG 14’s
Mohon Dr on call bantu keluarkan presciption supaya sy dapat beli ubat secara online di platform ini kerana prescription lama sudah tidak ada dalam rekod kami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Sebelum memberi sebarang ubat-ubatan, doktor perlulah menanyakan tentang sejarah penyakit kencing manis ayah anda dan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kemudian barulah doktor akan memberi ubat berdasarkan kepada hasil pemeriksaan tersebut. Ayah anda juga perlu meminum ubat yang diberikan oleh doktor mengikut arahan dan nasihat daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor