
nur_sharizad
5 tahun
Diabetic on metformin
betulkan ubat metformin kurang bagus dan ada side effect utk long term? ada tak ubat lain yg lebih bagus?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat ini biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- kencing manis
- PCOS
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan
- loya/muntah
- tinggi kandungan laktik jika anda mengalami kekurangan air dalam badan
- kerosakan buah pinggang. Jarang-jarang berlaku.
Kebiasaannya ubat ini diberikan kepada pesakit kencing manis kerana ia terbukti berkesan dan paling kurang memberi kesan sampingan berbanding ubat lain.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.