
Sulit
4 tahun
Diabetis atau hidrasi
Saya wanita berusia 30 tahun. Baru2 ini, saya mengalami kering mulut sehingga lidah saya terasa seperti terbakwr. Kaki dan tangan saya mengeletar, kerap ke tandas, rasa kebas pada kaki kiri, sakit kepala. Sebelum ini saya gemar minum air manis. Dan telah hentikan pengambilan air manis, kecuali susu anlene. Kelmarin saya teringin & minum tea ais, dan malamnya saya tidak dapat tidur kerna mulut terasa terlalu kering & badan saya menggeletar. Saya gunakan alat pengesan gula dlm darah milik ibu saya, bacaan 5mol. Bacaan diambil selepas minum air milo tanpa susu & gula. Walaupun saya minum air masak dgn byk, simptom di atas tetap ada.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Masalah kencing manis
- Kurang kandungan gula
- Masalah tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.