
Sulit
4 tahun
Diarrhea kerana minum susu
Salam sejahtera doktor. Trima kasih kerana sudi menjawab soalan saya sebelum ini.
Saya berusia 24 thun dh bru 8 bulan mndirikan rumahtgga. Sy telah hamil dalam 2 bulan. Sebelum tahu kehamilan ini, saya kerap minum susu. Selepas thu kehamilan, saya masih meneruskan minum susu shingga saya perasan saya akan cirit birit pada keesokan pagi nya. Berturut selama sminggu lbih shingga saya stop minum susu. Bagaimana caranya utk saya mndapatkan khsiat dr susu sedangkan saya tidak lg boleh menerima susu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah anda mungkin disebabkan oleh intoleransi kepada laktosa. Antara gejala lain masalah ini selain dariada cirit-birit adalah:
- Mual, dan kadang-kadang, muntah
- Sakit perut
- Kembung perut
- Gas
Namun pihak kami tidak menolak kemungkinan lain bagi masalah cirit birit anda. Antara sebab lain yang biasanya menyebabkan cirit-birit adalah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan lain selain daripada susu
- Radang usus
Susu menyumbang sumber kalsium serta vitamin D (terutamanya dalam susu yang diperkayakan dengan vitamin D) kepada badan. Namun mengurangkan produk tenusu tidak bermakna anda tidak dapat memperoleh sumber khasiat tersebut. Kalsium terdapat dalam banyak makanan lain, seperti:
- Brokoli dan sayur-sayuran hijau berdaun
- Produk yang diperkaya dengan kalsium, seperti bijirin dan jus
- Salmon dalam tin atau sardin
- Pengganti susu, seperti susu soya dan susu beras
- Buah orange
- Badam dan kacang kering
Selain itu anda juga boleh mencuba meramalkan tindak balas badan anda terhadap makanan yang mengandungi laktosa dan mengetahui berapa banyak yang anda boleh makan atau minum sebelum gejala yang anda alami datang.
Manakala untuk memastikan cukup vitamin D yang mencukupi, ianya boleh diperolehi dalam telur, hati dan yogurt. Selain itu tubuh juga menghasilkan vitamin D ketika berada di bawah sinar matahari.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.