
Sulit
4 tahun
Dibawah dan ditepi bibir saya hitam dan kering
Saya wanita berusia 23tahun… Saya nak tanya mengapa dibawah dan tepi bibir saya hitam dan kering… Ape punca dan ape cara untuk mengubatinye??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kesan hitam dibahagian bibir seperti yang dijelaskan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Peutz-Jeghers Syndrome - yaitu sejenis penyakit warisan yang ditandai dengan tompok hitam bibir, polip di usus dan riwayat keluarga. Syndrome (himpunan gejala) ini perlu diperiksa kerana dikhuatiri tanpa pengawasan teliti penyakit ini dapat menjadi kanser dimasa hadapan.
- Akibat reaksi terhadap ubatan, keradangan, rokok dan sebagainya
- Penyakit Addison’s masalah terkait ketidakseimbangan hormon di kelenjar adrenal
- McCune-Albright Syndrome
- Sejenis kanser terkait melanin
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.