
ahmadnazirafiq
5 tahun
Dicakar kucing berpenyakit sporo, infection di hidung bertambah teruk
Saya menjaga kucing yg menghidap penyakit Sporotrichosis. Semasa saya memberikan ubat, saya dicakar olehnya di hidung. Pada permulaan, lukanya tidak teruk, hanyalah berdarah. Saya terus membersihkan luka sejurus selepas terkena cakaran.
Tapi luka itu mula bertambah teruk. Ada nanah kekuningan mula keluar dan ia timbul dlm bentuk pus, kadang2 kerap pecah dgn sendiri, membuatkan ia bertambah teruk
Saya dah consult doctor di hospital kajang, mereka pun tidak pasti apakah itu sporo. Tapi perscribe antiobiotik Cloxacillin 500mg (2 biji 4x sehari), Prolase tablet (kunyah 2 biji 4 kali sehari), Paracetamol (bila perlu). Sebelum ke hospital, klinik juga ada prescribe Papain tablets utk swelling (1 biji 3 kali sehari).
Saya xpernah miss ubat, cuma saya perhatikan langsung tiada perubahan. Adakah boleh doc prescribe itraconazole utk rawatan sporo? Sebab sporatrichosis ini blh berjangkit dari haiwan ke manusia juga.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda perlu membuat konsultasi lanjut bersama doktor untuk mendapatkan rawatan tambahan. Hal ini kerana ubat bagi kondisi yang anda alami ini memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.