
Sulit
4 tahun
Diet tanpa makan nasi
Hi doktor, adakah pengambilan sayur bunga kubis setiap hari sebagai peganti nasi akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan dalaman?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, pengambilan kobis bunga pada setuap hari tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan luaran dan dalaman. Namun begitu, adalah lebih baik untuk seseorang mengambil atau mengamalkan pemakanan seimbang untuk memastikan individu tersebut mendapat khasiat dan zat yang seimbang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.