azleenn603

4 tahun

Diet untuk kurus yang perlu dilakukan oleh remaja lebih berat badan

Asaalamualaikum saya berumur 18 tahun, ddan dari kecil mempunyai masalah lebih berat badan, dari kecil bentuk badan saya bukanlah betuk badan yang ideal, dan tidak pernah sekalipon BMI saya normal ketika saya berusia 11 tahun berat badan saya adalah 60kg dan sekarang berat badan saya adalah 110kg saya berkira kira untuk berdiet dan melalui rujukan internet saya berkira kira untuk berdaet buah, kiranya hanya makan buah sahaja sehingga kurus, saya bimbang memberitahu yang saya ingin berdaet kepada ibu bapa saya kerana mereka pasti akan mentertawakan saya dan berkata saya pasti tidak dapat melalukannya soalan saya ialah sihatkah diet buah yang ingin saya lakukan ini atau doctor ada cadangan lain tolonglah bantu

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, faktor berat badan berlebihan boleh dipengaruhi oleh persekitaran (sekiranya anda dan keluarga sememangnya makan banyak atau kerap) ataupun faktor genetik (sekiranya anda masih bertambah berat walaupun tidak makan banyak). Terdapat beberapa langkah bagi mengurangkan berat seperti:

  • Diet - diet yang seimbang masih diperlukan kerana badan masih memerlukan protein untuk otot dan enzim, serat untuk kelancaran usus dan sedikit karbohidrat untuk tenaga. Bagi diet yang efektif, anda boleh merujuk kepada nasihat pakar nutrisi atau membuat plan makanan yang seimbang namun dalam kuantiti yang berpatutan. Hal ini bagi mengelakkan anda untuk makan lebih banyak ketika lapar. Anda juga boleh mengamalkan kaedah puasa berkala (intermittent fasting) dan perlu ingat untuk makan tidak terlalu banyak apabila sampai tempoh berbuka.
  • Senaman juga penting dan bagi anda, anda boleh memulakan dengan berbasikal kerana jika berjogging, ia akan memberikan tekanan kepada lutut anda. Senaman dapat membakar lemak dengan cepat disamping meningkatkan metabolisme untuk jangka masa panjang yang akan membolehkan badan anda membakar lemak walaupun anda sedang dalam hari rehat tanpa senaman
  • Pembedahan adalah langkah terakhir jika kesemua cara tidak memberikan sebarang impak

Diet buah sahaja adalah tidak sihat kerana kurang nutrient lain. Sekiranya anda mengamalkan diet seimbang namun dalam kuantiti berpatutan, anda bukan sahaja lebih puas bahkan anda akan lebih konsisten dalam penurunan berat badan. Anda juga perlu mempunyai daya tahan mental yang kuat dan tidak mengjiraukan kata orang lain kerana hal ini adalah demi kesihatan jangka masa panjang anda. Sudah terdapat banyak pesakit obesiti yang berat mencecah hinggakan 100kg++ dapat menurunkan berat sehingga 60-70kg. Namun perlu diingat bahawa ia akan memakan masa sedikit dan tiada jalan pintas untuk tubuh badan yang sihat. Semoga anda dapat melakukan perubahan demi kesihatan anda. Sekian

belly-2354_640

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)