
Sulit
4 tahun
Diet yang sesuai untuk saya
Saya wanita awal 30an mempunyai masalah berat badan berlebihan. Tetapi saya tidak ada masalah sembelit malahan saya akan membuang air besar 1-2 kali sehari. Saya juga minum air 2-3 liter sehari. Tetapi saya perasan najis saya kurang lawas. Maksudnya makanan yang saya makan tidak diproses dengan baik dan hampir keluar dalam bentuk yg sama terutamanya sayur sayuran. Saya juga banyak angin didalam badan. Boleh saya tahu pendapat doktor tentang diet yang sesuai dengan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, selain minum air anda juga perlu banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Serat adalah elemen yang paling penting untuk membantu peghadaman dan pencernaan. Oleh itu, perbanyakkan makanan ini untuk membantu masalah sembelit anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya berlarutan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.