Sulit

3 tahun

Digigit oleh kucing yang sakit

Hello. Saya wanita berumur 20-an. Baru-baru ini, kucing kami di rumah sakit, kucing tu macam lemah, tak berdaya, malas nak brgerak, mulut terbuka dan berair. Lepastu kakak saya beli ubat antibiotik dan tahan sakit untuk kucing. Then, bila masa kami nak cucuk jarum tu, kucing gigit tangan saya sampai berdarah lpastu kkak saya cakap kucing tu mnghidap penyakit rabies lpastu saya prgi lh ubat tangan saya. Penyakit rabies tu berbahaya tak utk manusia dan kalau tangan saya sembuh beberapa hari dri gigitan itu ertinya saya tak terjangkit kan?? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.

Kekal sihat dan dapatkan vaksinasi anda dengan doktor kami!

Untuk pengetahuan anda, penyakit rabies adalah sejenis penyakit berbahaya yang berpunca dari jangkitan Lyssavirus dari haiwan (khususnya anjing liar) yang dijangkiti rabies.

Rabies boleh dijangkiti melalui transmisi air liur & tisu tubuh (haiwan yang terjangkit) kepada manusia melalui luka gigitan atau luka terbuka pada kulit. Umumnya individu yang dijangkiti rabies akan mengalami gejala seperti

  • demam,
  • sakit badan dan kepala,
  • hidrofobia,
  • lumpuh
  • mahupun koma.

Antara langkah-langkah awal yang amat disarankan apabila seseorang individu dijangka telah digigit haiwan rabies (samada anjing liar, kucing peliharaan, dll.) termasuk:

  • Mencuci kawasan tubuh yang telah digigit dengan sabun dan air mengalir (bagi menghilang kesan air liur)
  • Mendapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat
  • Pastikan haiwan peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat
  • elakkan kontak atau bersentuhan dengan haiwan peliharaan tersebut buat seketika

Tambahan lagi, pada masa akan datang anda juga digalakkan untuk:

  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan haiwan peliharaan.
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, kami menasihatkan agar anda kembali ke klinik ataupun hospital tempoh hari bagi mendapatkan bantuan susulan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Tingkatkan sistem kekebalan tubuh dengan makanan yang seimbang & berkhasiat.

AdobeStock_59157407

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)