Sulit
6 tahun
Dijangkiti Gonorhea
saya dijangkiti gonorhea setelah mengadakan hubungan sex dengan teman wanita saya.saya ingin mendapatkan antibiotic…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan untuk mengenalpasti samada anda benar-benar menghidapi gonorrhea.
Selain itu, antibiotik sememangnya rawatan bagi penyakit gonorrhea dan ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima
kasih.

































