
Sulit
4 tahun
Dikesan penyakit Klimidia
saya nak bertanya,adakah ada rawatan lagi kedua kali sekiranya penyakit klimidia belum sembuh… brpa lamakah penyakit ini bole disembuhkan,sma ada ubat yang sma,2 mggu punya ubat pun masih blum ada perubahan… apa ka yg perlu saya buat dr ukt meminta rawatan selanjutnya…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, penyakit klamidia kebiasaannya akan hilang dalam masa 1-2 minggu.Kebiasaannya doktor akan berikan antibiotik untuk merawat masalah klamidia. Secara amnya, antibiotik tidak akan berkesan jika anda tidak mengambil dos yang telah ditetapkan dan menyebabkan klamidia bertahan lama dan lebih kuat daripada antibiotik.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah